DEPARTMENTS

PROGRAMMES

RESEARCH2

AFFAIRS

Pelajar FKAAS mengikuti Seminar BIM di Hong Kong

Feb 2016. Buat Julung kalinya, pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) telah diberi peluang mengikuti Symposium diperingkat antarabangsa di Negara Hong Kong. Keperihatinan dekan dan pengurusan FKAAS telah dapat menghantar tiga pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (SMKAAS) dan seorang pelajar PhD mengikuti seminar yang bertajuk “Building Information Modelling Symposium: Engineers and BIM the walkway a head” di University Hong Kong pada 18hb. Januari 2016. Tiga orang pelajar tersebut terdiri daripada tahun akhir SMKAAS ia itu, Nurul Alia Diyana Mohd Zim, Nur Fatin Lyana Rahimi dan Nur Syafiqah Mustapah serta Sunitha A/P Doraisamy (PhD). Symposium ini telah dihadiri oleh 200 orang Jurutera Kejuruteraan Awam dan Kontraktor-Kontraktor dari Industri Bangunan dan Pembinaan di negara Hong Kong. Usaha murni ini telah diberikan kelulusan oleh pihak pengurusan FKAAS dengan pembiayaan sendiri dan telah diselaraskan oleh pegawai mobility antarabangsa ke Hong Kong, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Akasah. Aktiviti pengantarabangsaan ini adalah salah satu daripada usaha FKAAS bagi mencapai Kpi UTHM mengambil kira tahap ranking dunia bagi aktiviti kursus kejuruteraan awam keperingkat antarabangsa.

HK1

HK2  HK3

Symposium ini telah dilaksanakan oleh Hong Kong Institute of Engineers (HKIE) bertujuan untuk meneroka ilmu permodelan kejuruteraan bangunan 3D yang sangat berfaedah kepada jurutera-jurutera muda serta berkaitan dengan pembangunan perisian Building Information Modelling (BIM) di Hong Kong. Symposium ini juga telah dapat memberikan tumpuan kepada para-peserta dan pakar-pakar dari bidang kejuruteraan bangunan untuk berkongsi idea dan pandangan mereka didalam pembangunan BIM di Negara Hong Kong.

 

 

OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE)

logoObe

ARCHIVES 

 newspaper footer  archives footer calendar footer
Online Newspaper  Archives  Activity  Calendar 

Online Services

 

emel tcis  tel  emelpelajar  sacad  smap  payment1

You are here: Home Mobility Activities